Search

“Makna kata... Lelaki yang kejar dia tu adalah bod...

  • Share this:

“Makna kata... Lelaki yang kejar dia tu adalah bodyguard dia ke?”
“Ya. Disebabkan dia hilang pada hari tu, kami kehilangan projek yang bernilai 100 juta.”
Dan aku...
Menelan air liur.
“Jadi, cik nak suruh saya jadi assistant kepada The Flash? Cik yakin saya boleh buat ke? Sedangkan The Hulk pun tak boleh nak kawal dia... Apalah lagi saya yang macam The Dwarf ni?”
Nina ketawa.
Dia rasa lawak.
Masalahnya...
Aku tak rasa ini lawak pun.
Ini seram dan...
Ini bukan jawatan yang aku mahukan.
“Saya nampak yang awak boleh kawal Mr. X sebab awak bukanlah seorang yang mudah mengalah. Jadi, saya perlukan... Orang yang macam awak untuk jadi mata, telinga, tangan dan kaki saya untuk mengawal Mr. X. Tak lama... Tiga bulan aje.”
“Tiga bulan?”
“Ya, ada satu projek penting yang perlu Mr. X siapkan. Dan selepas tiga bulan... Awak akan diserapkan masuk ke dalam designer team.”
“Kalau saya tak mampu kawal dia?”
“Then, saya silap buat pilihan...”
Huh...
“Selalunya, saya tak pernah silap. Jadi, tolong jangan jadi kesilapan saya yang pertama. So, what say you?”
Risiko...
Serius risiko.
Kalau aku tak dapat nak kawal Mr. X dalam masa tiga bulan, aku akan kehilangan kerja aku. Lebih baik duduk aje kat The Concept, walaupun kena hadap kerenah bos aku tu... Gaji tetap dapat bulan-bulan.
Sekarang...
Bukan senang nak dapat kerja.
“By the way, untuk jawatan ni... Saya tawarkan gaji sebanyak 11 ribu sebulan dan saya akan berikan bonus sebaik aje Mr. X siapkan projek tu. Bonus sebanyak 33 ribu bersamaan dengan tiga bulan gaji.”
66 ribu?
66 ribu dalam masa tiga bulan?
Kalau tolak KWSP, SOCSO...
Aku masih ada baki untuk sewa rumah.
Haih, beli rumah pun boleh ni.
Maknanya, aku dah boleh keluar dari rumah ni dalam tempoh 3 bulan?
Perlu ke aku setuju?

#182


Tags:

About author
not provided